KEMPEN MEMBINA GENERASI CEMERLANG
“Kempen Membina Generasi Cemerlang” merupakan inisiatif Majlis Perubatan Elektronik Malaysia (MPEM) bagi membantu membina kecemerlangan pelajar-pelajar melalui rawatan TERAPI MINDA. Inisiatif ini juga dikaitkan dengan keberkesanan kaedah yang digunakan bagi membantu merangsang minda pelajar-pelajar. Kajian saintifik yang dijalankan ke atas SPECIAL NEEDS CHILDREN menunjukkan pencapaian yang sangat membanggakan sehingga menerima anugerah PLATINUM INVENTION AWARD sempena Persidangan Perubatan Alternative Sedunia yang diadakan pada bulan November 2013.
Usaha membina kecemerlangan pendidikan merupakan asas yang penting kepada pembangunan sesebuah negara. Persoalannya, kecemerlangan melibatkanya banyak faktor termasuk sosio ekonomi, kesihatan, pemakanan, motivasi dan sebagainya yang memerlukan perhatian serius. Pihak MPEM melihat asas penting yang perlu di dalam membina kecemerlangan generasi baru adalah dengan membantu meningkatkan keupayaan berdaya saing. Nilai ini melibatkan PEMBINAAN SIKAP POSITIF agar golongan ini tidak terpinggir dari arus pembangunan. Ketidakupayaan berdaya saing menyebabkan ramai golongan generasi baru mengambil jalan keluar dengan melibatkan diri di dalam gejala sosial. Peningkatan gejala sosial dikalangan generasi yang bakal menjadi pewaris negara telah mencapai tahap yang sangat menakutkan. Apakah persediaan mereka bagi menghadapi persaingan yang lebih hebat dizaman globalisasi ?
Program Terapi Minda yang dijalankan di bawah Kempen Membina Generasi Cemerlang melibatkan proses mengimbangi serta merangsang fungsi sistem tubuh serta otak. Proses ini dilakukan dengan menggunakan tenaga elektromagnetik daripada individual specimen yang diambil semasa menjalani terapi. Dua Puluh (20) kreteria penilaian disediakan untuk dinilai oleh ibubapa yang melibatkan perubahan terhadap tahap kesihatan, sikap serta pencapaian akademik pelajar.
Selaras dengan Kempen Membina Generasi Cemerlang, pihak MPEM menyediakan rawatan Terapi Minda secara PERCUMA kepada semua pelajar-pelajar melalui rangkaian pusat terapi yang diwujudkan. Terapi minda secara PERCUMA ini melibatkan rawatan selama 12 sessi (3 bulan) dengan kos sebenar berjumlah RM600.00. Usaha ini merupakan sebahagian daripada "tanggungjawab sosial" kepada pembangunan masyarakat disamping menyahut seruan pihak Kementerian Pendidikan di bawah PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025.
Pihak MPEM juga mengambil kesempatan ini mempelawa mana-mana organisasi/pertubuhan yang berminat menyertai usaha ini sebagai RAKAN STRATEGIK. Gabungan tenaga, kepakaran serta idea sangat diperlukan bagi memastikan anak bangsa kita tidak tersisih dari arus kemajuan negara.
Love Malaysia
No comments:
Post a Comment