Kempen Membina Generasi Cemerlang
“Kempen Membina Generasi Cemerlang”
merupakan inisiatif Majlis Perubatan Elektronik Malaysia (MPEM) bagi
membantu meningkatkan kecemerlangan pelajar-pelajar melalui rawatan TERAPI
MINDA. Inisiatif ini juga dikaitkan dengan keberkesanan kaedah yang
digunakan bagi membantu merangsang minda pelajar-pelajar. Kajian
saintifik yang dijalankan ke atas SPECIAL NEEDS CHILDREN juga menunjukkan
pencapaian yang sangat membanggakan sehingga dianugerahkan PLATINUM
INVENTION AWARD sempena Persidangan Perubatan Alternative Sedunia yang
diadakan pada bulan November 2013.
Usaha membina kecemerlangan modal insan merupakan asas yang penting
kepada pembangunan sesebuah negara. Isu-isu berkaitan sosio-ekonomi juga dilihat berpunca daripada masalah ketidakcemerlangan. MPEM
melihat asas penting yang perlu di dalam membina kecemerlangan generasi
baru adalah dengan membantu meningkatkan keupayaan berdaya saing. Nilai
ini melibatkan PEMBINAAN SIKAP POSITIF agar golongan ini tidak
terpinggir dari arus pembangunan. Ketidakupayaan berdaya saing
menyebabkan ramai golongan generasi baru mengambil jalan keluar dengan
melibatkan diri di dalam gejala sosial. Peningkatan gejala sosial
dikalangan generasi yang bakal menjadi pewaris negara telah mencapai
tahap yang sangat menakutkan. Apakah persediaan mereka bagi menghadapi
persaingan yang lebih hebat dizaman globalisasi ?
Program Terapi Minda yang dijalankan di bawah Kempen Membina Generasi
Cemerlang melibatkan proses mengimbangi serta merangsang fungsi sistem
tubuh serta otak. Proses ini dilakukan dengan menggunakan tenaga
elektromagnetik daripada individual specimen yang diambil semasa
menjalani terapi. Dua Puluh (20) kreteria penilaian disediakan untuk
dinilai oleh ibubapa yang melibatkan perubahan terhadap tahap kesihatan,
sikap serta pencapaian akademik pelajar.
Selaras dengan Kempen Membina Generasi Cemerlang, pihak MPEM menyediakan
rawatan Terapi Minda secara PERCUMA kepada semua pelajar-pelajar
melalui rangkaian pusat terapi yang diwujudkan. Terapi minda secara
PERCUMA ini melibatkan rawatan selama 12 sessi (3 bulan) dengan kos
sebenar berjumlah RM600.00. Usaha ini merupakan sebahagian daripada
"tanggungjawab sosial" kepada pembangunan masyarakat disamping menyahut
seruan pihak Kementerian Pendidikan di bawah PELAN PEMBANGUNAN
PENDIDIKAN MALAYSIA 2013 - 2025.
Pihak MPEM juga mengambil kesempatan ini mempelawa mana-mana
organisasi/pertubuhan yang berminat menyertai usaha ini sebagai RAKAN
STRATEGIK. Gabungan tenaga, kepakaran serta idea sangat diperlukan bagi
memastikan anak bangsa kita tidak tersisih dari arus kemajuan negara.
Love Malaysia